BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

kalau dulu aq menghabiskan masa berjam-jam bersama dirinya, kini tiada lagi. aq memikirkan sesuatu yang baru  untuk menggantikan masa itu,  mengapa diciptakan cinta untuk manusia yang tidak layak untuk digelar pencinta? manusia tidak pernah hilang dari kesilapan. hati seorang manusia tidak pernah akan lengkap tanpa pintu kemaafan, apatah lagi untuk seseorang yang telah lama bertaut di hati itu, mengapa harus lahir keegoan, mengapa harus kalah, jika btul kita perlukan, kita tidak mungkin akan diam dan terima dengan masa yang berlalu. mungkin seseorang yang hanya pndai untuk mengatakan cinta sahaja yang akan melakukan seperti tu, hati seseorang manusia susah untuk dikenali, soal hati dan perasaan adalah sesuatu yang akan berubah rubah jika bukan ketentuannya. mengapa harus kita kalah dengan ape yang berlaku hanya pada peringkat permulaan, pelayaran masih jauh, mungkin karam dan mungkin sampai, namun nakhoda tidak akan membiarkan kapalnya karam tanpa sebarang usaha kerana nyawanya turut disitu, dalam pelayaran tiada siapa yang dapat memberi jaminan keselamatan di tengah tengah laut, kerana tiada sesiapa yang tahu apa yang mungkin berlaku di laut itu, mungkin tenang dipersisiran tetapi beralun besar ditengah, dan mungkin beralun besar dipersisiran tetapi tenang ditengah, begitu jugalah kehidupan.tiada sesiapa yang dapat menjangka..........

0 comments: